CARA-CARA MEMBUAT NOTA ; annotation & outline notes


KEMAHIRAN MENGAMBIL NOTA DAN MEMBUAT NOTA
Nurfaizzatul Najwa binti Zara'im 

PENGENALAN


        Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua, nota ialah surat keterangan yang rasmi iaitu surat rasmi daripada duta kepada pemerintah dan lain-lain atau surat peringatan (amaran dll) atau catatan iaitu catatan bertulis yang digunakan untuk rujukan seperti kuliah. Nota yang mampu membantu pelajar secara berkesan ialah nota yang mempunyai ciri-ciri nota yang baik.

       Antara ciri-ciri nota yang baik ialah nota yang dicatat pada buku yang khas. Tujuannya adalah untuk memudahkan cara ketika mencari maklumat. Selain itu, nota seharusnya mempunyai rangka kasar bagi memudahkan pemahaman secara menyeluruh. Di samping itu, nota perlulah mengandungi hanyalah isi penting iaitu menggunakan hanya kata kunci atau simbol bagi mudah mengingat. Akhir sekali, nota yang diperoleh mestilah ditulis dengan cepat, ringkas dan padat. Sebagai nota yang berkesan, nota mestilah tenang dan boleh dibaca.

CARA-CARA MEMBUAT NOTA

       Terdapat pelbagai cara untuk membuat nota yang berkesan dalam sesi pembelajaran. Salah satu cara untuk membuat nota ialah annotation. Annotation ialah langkah mencatat nota menggunakan beberapa perkataan sebagai kata kunci. Tujuan langkah ini adalah untuk memahami secara keseluruhan isi yang hendak disampaikan. Kebiasaannya, pelajar menggunakan teknik ini dengan menggunakan highlighter untuk menonjolkan isi penting yang difahami. Rajah 1.0 telah menunjukkan contoh nota annotation digunakan.


RAJAH 1.0 

       Cara kedua ialah outline notes. Nota yang disediakan dalam kaedah ini adalah dalam bentuk ‘point’ atau kata kunci kecil dan besar. Contoh kata kunci besar ialah tajuk besar manakala kata kunci kecil ialah huraian kepada tajuk besar tersebut. Huraian yang dibuat mestilah dalam ringkasan yang boleh difahami. Outline notes ini sering digunakan dalam penghasilan sebuah karangan. Pelajar mestilah mahir dengan kaedah ini untuk memudahkan penghasilan sesuatu tugasan. Rajah 1.1 menunjukkan cara nota outline notes dilakukan.
Image result for outline notes
RAJAH 1.1


Comments