FAEDAH-FAEDAH MENGAPLIKASIKAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA


FAEDAH-FAEDAH MENGAPLIKASIKAN ALAT-ALAT
BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA
Siti Nabilah Izzah binti Azmi

1.    Pengurusan Grafik

          Apabila pelajar menggunakan pengurusan grafik dalam membuat nota, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dan objektif yang dirancang lebih mudah dicapai.

Faedah menggunakan Pengurusan Grafik:
·         Dapat mengolahkan pemikiran yang kreatif, kritis dan analitis
·         Perkara yang dipelajari lebih bermakna
·         Mudah memahami tugasan yang sukar
·         Dapat digunakan sebagai alt mencetus idea dan menyusun maklumat untuk penulisan dan lisan
·         Tujuan mempelajari sesuatu kandungan pelajaran lebih jelas

2.    Peta Minda

          Pelajar menggunakan peta minda dalam pembelajaran, pemikiran visualisasi, untuk mengingat, percambahan fikiran, dan juga dalam penyelesaian masalah. Penggunaan peta minda dalam membuat nota mempunyai faedah dan kelemahan tersendiri.

Faedah menggunakan Peta Minda :
·         Pelajar mudah memahami dan mengingat nota yang dibuatnya
·         Mudah dibaca
·         Mudah memahami sesuatu konsep
·         Dapat membantu pelajar membentuk sesuatu gambaran daripada perkara yang didengari, dilihat, dibaca dan difikirkannya
            Kelemahan menggunakan Peta Minda :
·         Dapat difahami oleh si pembuat dan segelintir orang sahaja
·         Tiada huraian yang jelas dan padat
·         Terlalu kompleks
·         Terlalu ringkas kerana menggunakan singkatan perkataan
·         Menggunakan kata kunci yang tidak sesuai dan menyebabkan sesuatu nota sukar diingat

3.    Pemetaan i-Think

          Suatu program untuk mempertingkatkan dan memperbudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Penggunaan Peta i-Think ini mampu merangsang daya pemikiran pelajar dalam pembelajaran mereka. Cara pembuatan nota menggunakan kaedah ini adalah salah satu cara termudah untuk pelajar memahami sesuatu perkara dengan menggunakan grafik yang sesuai.

Faedah menggunakan Pemetaan i-Think :
·         Kaedah ini dapat mengasah minda pelajar
·         Mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu perkara sebelum membuat nota
·         Menjalankan proses metakognitif dan refleksi terhadap perkara yang dialami
·         Membuat pertimbangan yang betul dalam melakukan keputusan dan menyelesaikan masalah.
·         Mampu menajamkan pemikiran pelajar

4.    Teknik Menyoal Aras Tinggi

          Teknik ini mengarah pelajar supaya bertanya dan menggunakan pemikiran yang tinggi. Semua pembelajaran bermula dengan persoalan. Soalan yang dicetuskan sebelum pembelajaran mencetuskan interaksi pemikiran, perbualan atau perbahasan ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

Faedah menggunakan Teknik Menyoal Aras Tinggi
·         Pelajar dapat memberi perhatian tentang isu semasa
·         Meningkatkan daya fikiran pelajar
·         Dapat membantu pelajar menjadikan berfikir sebagai satu tabiat
·         Membantu pelajar untuk mencari nota di luar pemikirannya (think out of the box)
·         Mampu meluaskan bidang pertanyaan pelajar
·         Mengintegrasikan idea baru dengan pengetahuan terdahulu.



5.    CoRT 1

          CoRT 1 adalah singkatan untuk ”Cognitive Research Trust” yang telah dicipta oleh Edward De Bono. Beliau mencipta kaedah ini di sekolah-sekolah kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya dalam membantu pelajar meningkatkan kognitif mereka. Justeru itu, beliau telah meminta para guru untuk menjalankan kaedah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Faedah menggunakan CoRT 1 :
·         Mampu meluaskan persepsi seseorang tentang sesuatu idea
·         Dapat membantu pelajar dalam membuat keputusan
·         Dapat menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan
·         Membantu meningkatkan kognitif pelajar
·         Mampu mengembangkan idea pelajar ketika membuat nota
·         Dapat menentukan nota yang terbaik
·         Dapat mengelakkan terlupa faktor-faktor yang penting

RUMUSAN
          Som dan Mohd Dahalan (1998) menerangkan bahawa alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu individu menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Kesimpulannya, diharapkan dengan adanya teknik-teknik seperti alat-alat berfikir ini dalam membuat nota dapat membantu pelajar dalam membuat nota sekali gus dapat  menguasai kemahiran berfikir selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Mengaplikasikan kemahiran menggunakan alat-alat berfikir ini dapat membantu mereka yang memerlukan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dan membantu mereka membuat keputusan dalam menangani tugasan serta cabaran yang perlu mereka tempuhi selama mereka berada di dalam bidang yang diambil.

Comments